SEKSYEN OPERASI

PERANAN SETIAP SEKSYEN DALAM BAHAGIAN OPERASI

Kebersihan Kampus

i. Seksyen Cucian Bangunan

Memastikan kebersihan setiap bangunan mencapai tahap yang dikehendaki dengan pihak kontraktor cucian bangunan yang dilantik melaksanakan kerja dengan memuaskan dan mematuhi setiap spesifikasi cucian sebagai yang dipersetujui di dalam kontrak.

Terdapat 9 kontraktor cucian telah dilantik bagi menjalankan cucian bangunan-bangunan di Zon A, B, C, D, E, F, G dan Dewan-Dewan Kuliah dan juga Zon CEMACS (Pusat Kajian Samudera & Pantai)

Syarikat-syarikat ini dipantau oleh seorang Penyelia dan 6 orang Mandor H14 Pejabat Aset dan Operasi Universiti.

ii. Seksyen Pembersihan Halaman & Potong Rumput

Memastikan jalanraya seluruh kampus bersih dari segala sampah sarap setiap masa.

Memastikan rumput seluruh kampus sentiasa dalam keadaan pendek dan kemas setiap masa.Memastikan pagar dan longkang bersih dari tumbuhan menjalar, lumut dan kekotoran setiap masa.

Terdapat 3 kontraktor telah dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan halaman dan pemotongan rumput iaitu dikawasan Zon 1, Zon 2 dan Zon RST.

Syarikat yang dilantik ini dipantau oleh seorang Penolong pegawai Pertanian G29 dan 2 orang Mandor H14.

Zon 3 dijalankan oleh pekerja USM iaitu Pembantu Awam PAO, USM seramai 33 orang dengan dipantau oleh 2 orang Mandor H14.

Tugas unit halaman juga perlu memastikan kerja-kerja fogging diseluruh kampus dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes dan ianya dijalankan secara dalaman oleh pekerja Pembantu Awam PAO, USM.

iii. Seksyen Pengurusan Sampah

Memastikan semua sampah harian dan berjadual dikeluarkan dari kampus dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Satu syarikat penggangkutan sampah telah dilantik bagi mengguruskan kerja-kerja penggangkutan sampah ini dengan dipantau oleh seorang Pembantu Awam H11 yang dilantik sebagai Mandor.

Keindahan Kampus

I Seksyen Kebun dan Lanskap

Menyemai benih dan melakukan aktiviti pembiakan pokok serta menyelenggara tanaman hiasan ditapak semaian dan memastikan pokok subur dan segar untuk dibekalkan ke majlis rasmi dan tidak rasmi universiti.

Menghantar pokok-pokok bunga berpasu ke majlis rasmi dan tidak rasmi universiti, membuat susunatur dan seterusnya mengambil balik apabila majlis selesai.

Memastikan landskap seluruh kampus sentiasa subur, segar serta dirapikan agar persekitaran dan kawasan kampus sentiasa kelihatan ceria dan damai.

Semua tugas dijalankan oleh staf Pejabat Aset dan Operasi Universiti yang terdiri dari seorang Penolong Pegawai Pertanian G29 , seorang Mandor H14, seorang Pemandu H11 dan 17 Pembantu awam H11.

pao usm
Laman Web USM

pao usm
Laman Web Kampus Kejuruteraan

pao usm
Laman Web Kampus Kesihatan

pao fbFacebook Rasmi PAO
(Akan datang)