MESEJ DARI PENGARAH

5967700

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pusat Aset dan Operasi ( PAO ) Universiti Sains Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia pada 3 Ogos 2015 merupakan sebuah pusat perkhidmatan yang menjaga aset universiti di samping mengatur dan melicinkan proses – proses pentadbiran, koordinisasi, operasi dan pengurusan universiti. Setakat ini selain di kampus induk, PAO juga telah tertubuh di Kampus Kesihatan dan dalam bulan Oktober 2017 PAO juga akan melebarkan sayapnya ke Kampus Kejuruteraan.

Melalui proses transformasi dan perancangan strategik, PAO telah mengkhusus mengikut bahagian-bahagian berikut iaitu bahagian pengurusan aset, bahagian pentadbiran, bahagian perkhidmatan kemudahan pusat, bahagian operasi dan keceriaan kampus dan bahagian penjanaan kewangan serta Taman Rekreasi Universiti. Setiap bahagian mempunyai ketua masing-masing serta unit-unit yang bertanggungjawab di bawahnya.

Setakat ini PAO dengan kekuatan staf seramai 189 orang akan memastikan fungsionalnya kompeten sebagai sebuah pusat perkhidmatan di USM serta akan turut bersama-sama dengan Pusat Tanggung Jawab lain di universiti untuk bergerak sebagai sebuah pasukan dalam menjayakan wawasan USM khususnya dan wawasan Kementerian Pengajian Tinggi umumnya.

Laman Web PAO ini bertujuan menjelaskan peranan atau fungsi PAO kepada warga kampus. Selama ini warga kampus terkeliru dengan kewujudan PAO sebagai sebuah pusat perkhidmatan kerana ketiadaan maklumat yang jelas serta tuntas kepada warga kampus. Dengan adanya laman web ini warga kampus khususnya Pusat- Pusat Tanggung Jawab akan lebih mudah mendapatkan maklumat dan perkhidmatan dari PAO terutama dalam menjayakan agenda universiti atau agenda pusat tanggungjawab masing-masing.

Begitu juga melalui web ini, masyarakat luar USM boleh mendapatkan maklumat terperinci khususnya berkaitan kemudahan – kemudahan USM yang boleh disewa untuk sebarang aktiviti yang tidak bertentangan dengan polisi dan peraturan USM dan undang-undang negara. Ini sekali gus membantu USM mencapai sustainable financial melalui penjanaan kewangan dari kemudahan-kemudahan yang disewa itu. Dengan kata lain PAO akan menggunakan laman web ini sebagai agen pemasaran secara agresif bukan sahaja di peringkat nasional malah juga peringkat antarabangsa untuk memasarkan keceriaan serta keindahan USM agar masyarakat terpegun dan terpesona untuk jatuh cinta kepada USM.

Sekian

Saya sayang USM

Hj Abd Hadi Ahmad

pao usm
Laman Web USM

pao usm
Laman Web Kampus Kejuruteraan

pao usm
Laman Web Kampus Kesihatan

pao fbFacebook Rasmi PAO
(Akan datang)