LATAR BELAKANG

SELAMAT DATANG

tmn rekreasia

LATAR BELAKANG

Taman Rekreasi Universiti merupakan sebuah kawasan terbuka yang dipenuhi dengan kawasan dusun terutamanya seperti dusun buah-buahan dan getah. Kawasan Taman Rekreasi USM ini diliputi oleh tumbuh-tumbuhan yang mempunyai keistimewaan dari segi keindahan alam semulajadi dan kemudahan rekreasi yang boleh digunakan oleh orang ramai terutamanya pelajar dan kakitangan USM untuk aktiviti perkhemahan, sukan, pengembaraan hutan, penghayatan alam semulajadi,  penyelidikan, latihan pertempuran, berbasikal dan program kepimpinan serta motivasi.

Keluasan tanah hampir 200 ekar yang dipenuhi bukan sekadar pokok hutan, malah terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan dan herba yang perlu dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya dan diguna dengan sebaik-baiknya supaya tidak dieksploitasi oleh orang luar. Pemuliharaan dan pemeliharaan ini juga perlu berpaksi kepada pengekalan ‘green enviroment’, warisan budaya dan peliharaan biodiversiti hayat untuk penyelidikan bagi pelajar-pelajar universiti.

LOKASI

Taman Rekreasi Universiti Sains Malaysia terletak berhampiran dengan Kompleks Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun dan Bangunan  IPHARM di Jalan Bukit Gambir. Kedudukan pintu masuk utama ke Taman Rekreasi ini terletak di bersebelahan bangunan IPHARM.

Picture2

PELAN LOKASI TAMAN REKREASI UNIVERSITI

pao usm
Laman Web USM

pao usm
Laman Web Kampus Kejuruteraan

pao usm
Laman Web Kampus Kesihatan

pao fbFacebook Rasmi PAO
(Akan datang)