SEWAAN KEMUDAHAN PERABOT DAN LANDSKAP

Seksyen Kemudahan Perabut

i. Pengurusan Dan Pentadbiran Stor Perabot

Unit ini berperanan menyimpan harta benda Universiti(perabot).

Ia akan menguruskan pengeluaran barangan tersebut berdasarkan keperluan dan permintaan. Menyediakan inventori, ‘stock card’ ledger dan sebagainya.

Ia akan memastikan item-item sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan apabila diperlukan. “Replenish” item-item yang kuantitinya berada diparas minima.

Penyimpanan barang-barang dengan penuh sistematik dan selamat.

Di kawal selia oleh seorang Pembantu Tadbir N22.

ii. Fasiliti Dan Acara

Unit Perabut juga akan menguruskan keperluan fizikal majlis-majlis keramaian, kerasmian yang dianjurkan oleh pelajar, staf, Pusat Pengajian dan Jabatan. Disamping itu , unit ini juga menguruskan keperluan fizikal seperti perabut, bendera, tiang bendera dan sebagainya untuk keperluan aktiviti rasmi university seperti peperiksan, konvokesyen, majlis suaikenal dan majlis-majlis rasmi yang lain.

Secara purata lebih kurang 1000 tempahan acara perlu diuruskan setiap tahun.

Pengurusan Kemudahan Perabut di bantu oleh seorang Pembantu Tadbir N19, seorang Mandor H14 dan 10 Pekerja Awam H11 dan seorang Pemandu H11.

pao usm
Laman Web USM

pao usm
Laman Web Kampus Kejuruteraan

pao usm
Laman Web Kampus Kesihatan

pao fbFacebook Rasmi PAO
(Akan datang)